Wednesday 30 November 2011

SALAM........

SI LILY....

dah seminggu gua menghilangkan diri.gua hilang sebab gua banyak kerja yang perlu disiapkan.but Lastly semua kerja tuh tak jadik.terus gua protes duduk rumah makan nasik tanpa berenti.

Sejak kehadiran Lily dekat rumah gua nih gua terasa macam ada adik baru pulak.pepagi lap bersih2 pastu makan pastu main.dah macam takder masa depan pulak gua tgk dia nih.pasal mak gua dah sayang dia gua tak boleh la membangkang.namun ada satu yang bermain di pikiran gua sekarang.....

SEKALI LAGI KO SOROK LIGHTER AKU, AKU BAKAR EKOR KO YANG MACAM BERUS TUH....

                                                           saya didalam tahanan reman
                                                               cuba mencarik jalan keluar

Tuesday 22 November 2011

Gua nampak lu kat pasar malam lepas nih kompom gua SERANG HENDAP...hampess.

HERO TAK BERKESUDAHAN.....
SUDUT RENUNGAN

SALAM

Dari Syaqiq Al Balkhi berkata: suatu hari Ibrahim bin Adham berjalan di pasar Basrah lalu dia dikelilingi oleh orang ramai dan mereka bertanya kepadanya :
Ya Abu Ishaq, ALLAH berfirman; bermaksud "mintalah olehmu sekalian kepada KU nescaya Aku kabulkan."dan kami telah satu tahun berdoa dan doa kami masih belum dikabulkan!" Maka Ibrahim bin Adham (Abu Ishaq) berkata "Bagaimana ALLAH nak kabulkan doa kamu sedangkan hati kamu tertutup oleh 10 perkara".:

1. kamu telah mengetahui ALLAH tapi belum tunaikan Hak hakNya.

2. Kamu telah membaca Al Quran tetapi belum melaksanakan isinya.

3.kamu telah mengaku syaitan sebagai musuh tetapi masih mentaatinya dan menyetujui seruannya.

4. kamu mengatakan kamu umat Muhammad s.a.w. tetapi tidak mengerjakan sunaahnya.

5. kamu menyatakan diri kamu akan masuk syurga tetapi tidak mengerjakan apa apa yang membawamu ke     syurga

6. kamu mengatakan diri kamu selamat dari neraka tetapi ternyata kamu memasukkan diri kamu kepadanya

7. kamu menyatakan mati adalah perkara yang benar tetapi tidak bersiap siap untuk menghadapi mati

8. kamu sibuk meneliti aib atau cacat teman temanmu tetapi tidak melihat aibmu sendiri

9. kamu telah makan dan merasakan nikmat Tuhanmu tetapi tidak mahu bersyukur kepadaNya.

10. kamu mengubur mayat mayat rakanmu tetapi tidak mengambil pengajaran dari mereka

Friday 18 November 2011

SALAM

BILA DAH SAMBIL LEWA

MURID MURID BILA DAH SAMBIL LEWA.
cikgu berucap didepan sikit pun tak jalan,
yang dia tahu bila waktu balik nak berjalan,
satu kerja yang diberi haram nak dibahan,
apetah lagi nak jadikan rujukan,
akhirnya bila keputusan
dinding jugak yang ditahan.

GURU GURU BILA DAH SAMBIL LEWA
bila mengajar langsung tak pandang depan,
yang dia tahu cukup bulan gaji jalan,
langsung tak pernah tanya ada paham ada soklan,
murid angkat tangan dia suruh letak depan,
yang dia tahu,lantak korang,
itu masa depan.

KETUA KAMPUNG BILA DAH SAMBIL LEWA
bila mesyuarat yang dijemput sekandang,
yang datang boleh dibilang bilang,
bila di tanya kenapa tak datang,
dia jawab diorang maybe semua tak senang,
langsung takde usaha macamana nak menang,
yang dia tahu kerusi dia takda sapa nak canang.

PEMAIN BOLA BILA DAH SAMBIL LEWA
dapat bola main entah hapa hapa
sekali tengok macam ultraman habis kuasa,
nak tanya tak terer semua dah level antarabangsa,
tapi bila main dah serupa angsa,
ker pemain memang dah tak reti bahasa?

MAJIKAN BILA DAH SAMBIL LEWA
kerja semua pekerja dah siapkan,
dari lapan pagi sampai pukul sembilan,
dari bawahan sampailah atasan
langsung takda bertunggak apertah lagi cukup bulan,
tapi bila gaji selalu manjang langgar dateline.

PEKERJA BILA DAH SAMBIL LEWA
dari pagi bawak ke petang,
yang dia tahu bersembang dan mencanang,
sesekali sempat juga cuba cari peluang,cuba jual barang,
fail dah bertimbun bila tanya tak senang,
agaknya ini dikatakan beliau seorang tenang.

PENULIS BILA DAH SAMBIL LEWA.
masuk opis dia tak tahu nak buat apa,
padahal dah tertulis kerja setiap hari kena buat apa,
yang dia tahu main twitter layan makwe,
bila ditanya tengah kerah idea,
kes macam nih ada can masuk wad gila.

yang tak sambil lewa...
penulis.....

Thursday 17 November 2011

PERSPEKTIF

APA YANG BERLAKU KETIKA BANJIR DAN DUDUK DI PENGINAPAN SEMENTARA

1. dapat makan , minum dan tidor percuma

2. sesi mengumpat yang tiada kesudahan bagi kaum hawa

3. semua dapat semayang berjemaah bagi umat islam

4. dapat duit dan barangan secara percuma (bantuan)

5. sesi mengorat dapat dilaksanakan

6. acara berdengkur tido yang menggerunkan

7. boleh claim insuran

8. budak budak tak payah pergi sekolah

9. kaum adam tak perlu terkejar kejar nak pergi kerja ( motor ngan kereta dah rosak)

10. korang pikirla sendiri lepas tuh

penulis....
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Saturday 12 November 2011

SALAM

Disuatu petang yang damai di sebuah rumah.........

joe: black gua ingat gua nak cipta lagu la

black : lu nak cipta lagu aper?

joe: gua tak nak cipta lagu cinta cintun...gua nak cipta lain sket.

black: aper tema lagu lu?

joe: gua nak cipta lagu bertemakan ENDAH ALAM.

black: aper tajuk lagu lu?

joe: CINTAKU DIRUNDUNG SEPI

black: KO PENAH KENA TUMBUK KAT LUBANG HIDUNG TAK?

Wednesday 9 November 2011

BILA DAH BUNTU

PELAJAR, BILA DAH BUNTU.
apa yang cikgu ajar, hah sori takde satu pun yang masuk.
tapi takpe kan masih ada lagi hari untuk besok.
nak kata faham, kepala tergaru garu, kepala tergosok gosok.
jauh sekali nak tumpu perhatian, nak asyik masyuk.
agaknya hati tuh yang kotor, hati tu yang busuk.

CIKGU, BILA DAH BUNTU
tah apa yang diajar,murid murid pun tak paham.
padahal dah berbuih mulut nak terkeluar geraham.
time tuh rasa murid nak aje dibaham.
ada pulak kang yang jadik Allahyarham.
bukan apa, takut jatuh la dia punya saham.

PEMAIN BOLA, BILA DAH BUNTU.
try dah banyak kali, dah macam macam cara tapi tak juga gol gol.
badan dah penat, kena terjah kena senggol.
rasa macam depan gol tu ada pulak bonggol.
semua tempat sengal, lenguh, tak kira pinggang mahupun pinggul.
asyik terjatuh, terlentang, cam tersepak tunggul.
agaknya pasukan lawan tersangatlah unggul.

ORANG SESAT, BILA DAH BUNTU.
cari jalan sikit punya lama, tapi tak jugak jumpa jumpa.
rasanya memangla ingat, takde la lupa.
mulalah rasa bengang, mula la rasa hampa.
kan elok kalo berenti mana mana, tegur la sapa sapa.
hai entah hapa hapa.

PENYANYI, BILA DAH BUNTU.
Album dipasaran dah berbulan, tak jugak laku laku.
orang kata konsep tak best, dia tak nak ngaku.
suara tak berapa best, persembahan ada sikit kaku.
habis cemana nak dapat royalti, nak isi wang kat saku.
orang lain menyanyi sampai penonton ada yang terpaku.

PENGANGGUR, BILA DAH BUNTU.
bertahun cari kerja, tak jugak dapat dapat.
merata ceruk dah pergi, dah pun usha macam macam tempat.
orang menengok bukan nak menolong, lagikan mengumpat.
macamla orang yang tak bekerja, tu tak cukup sifat.
 so, sandang ajelah jawatan penganggur terhormat.

PENULIS, BILA DAH BUNTU.
Puas fikir idea, tak jugak datang datang.
start pagi, masuk tengahari sampaila ke petang.
macam macam cara dah dibuat,duduk,baring, meniarap,terlentang.
dah jadik penulis perkara macam tuh mestila ditentang.
kepala mestila pick-up bak lampu kalimantang.
tak buat tulis sebab takder idea.
cis! itu memang pantang!

yang terang benderang
penulis....
SEKSUALITI MERDEKA????

" kita kena caring dan sentiasa tidak mengabaikan golongan sejenis nih"......

SEBAB SAYA PUN KAN GOLONGAN LESBIAN - DATUK AMBIGA

BODOH PUNYA MANUSIA..KAU INGAT NIH AMERIKA KO???

Tuesday 8 November 2011

BOLA SEPAK MALAYSIA

gua rasa dah sampai masa bola sepak malaysia kena rehat....dah makin jauh sangat perjalanan dia gua tengok.

yang dah naik berbulu sampai penuh bulu
penulis...

Saturday 5 November 2011

ESOK HARI RAYA HAJI

hari gua dikejutkan seawal pagi untuk teman mak gua pergi pasar.bapak gua hilangkan diri dengan alasan esok nak korban and nak buat persiapan di masjid.dengan gaya seorang pemburu upahan gua melangkah longlai teman mak gua pepagi buta pergi pasar.bila gua sampai gua tengok pasar besar dah dipenuhi manusia.gua terpaksa parking beberapa batu jauh dan gua terpaksa mengorbankan kadar metabolisma yang selama ini gua jaga baik (gemuk gak gua nih).lepas dah selesai bershopping gua terus termenung.lantas mak gua terus tanya kenapa gua termenung...
gua jawab "LEPAS NIH NAK MASUK BERTANDING JADIK PM TUKAR OPERASI PASAR PADA WAKTU MALAM SAHAJA."....terus mak gua sepak gua 3 kali sebab bagi jawapan paling bodoh...

Friday 4 November 2011

ANTARA X6 DAN KAHWIN...

baru baru ini gua jumpa ramai kawan kawan gua..gua bercerita sebuah kenderaan BMW X6 kat diorang.lepas tuh gua selitkan gua dalam dilema macam nak kahwin tahun hadapan.tapi rata rata kawan gua semua suruh gua amek X6 kununnya lebih esekutip untuk orang meniaga macam gua.lalu gua jumpa kekasih hati gua bertanya dekat dia....."SAYA TAKKAN MENGHALANG NIAT AWAK DAN APER YANG AWK KEHENDAKI"...bunyi memang best tapi suara ada sedikit sardin kat situ...
lastly gua cakap kat kekasih gua "AWAK KAN KEPERLUAN HIDUP ORANG"...terus senyum sambil order tomyam...

p/s: gua tetap akan sambar X6 lepas kahwin..kompom...

Thursday 3 November 2011

amuk di bank simpanan nasional

gua pepagi dah terpacak dekat depan bank simpanan  nasional nak masuk duit.memandangkan hari raya haji bakal tiba so bebudak opis gua adalah menerima beberapa saguhati sempena hari raya.maklumla beberapa projek dah selesai.so syarikat setuju la nak beri sedikit imbuhan pada diorang.bila gua sampai gua terus la jumpa sorang umat di kaunter pertanyaan lalu gua minta borang masuk duit.dia boleh pulak suruh gua masuk pakai atm machine.mana la gua ada masa nak ingat sekor sekor punya akaun.gua guna sistem online terus menerus dengan bank.gua cuba kontrol angin gua dengan kata nak masuk duit untuk company...dier boleh pulak tanya banyak mana awak nak masuk duit.gua pun dah separuh angin gua  bgtau la banyak nak masuk.lepas tuh dia masih tanya lagi banyak mana nak masuk sambil bagi borang masuk duit.
so dengan anginnya gua cakap "SAYA NAK BANK IN 25 SEN JEK.BOLEH KER PAKAI ATM?terus berubah muka dia jadik baboon.
propolus kredit card

kredit card merupakan satu propolus barat yang cuba diterjemahkan kepada seluruh dunia bagi mengaburi mata duitan kepada sistem gores dan sain.lantaran itu sistem ini telah melumpuhkan serta menstroke beberapa manusia didunia yang gatal kepada gores dan sain.agenda barat ini juga telah mengakibatkan sukan hoki dimalaysia makin merudum.oleh itu majulah sukan untuk negara

Tuesday 1 November 2011

kenapa bila sebut raya mesti nak belanja gila gila?

gua naik heran la tgk manusia nih.bila tiba hari raya jek mesti nak shopping sakan.tak kira la perayaan aper.gua pun tak tau aper yang diorang cari.gua jenis suka mengikut ragam manusia.ada yang sampai gua tgk sanggup berhutang untuk berhari raya padahal hari raya tuh hanya sehari dua sahaja.kenapa manusia suka menghabiskan sisa titik peluh yang dicari ker jalan yang tak betul.kan bersederhana lebih baik.nih gua tgk bukan raya korang pun korang main sebat jek. bawak bawak la berenti shop tuh.kang sok tengah bulan makan meggi jgn nak salahkan orang lain

yang benar
seorang kedekut
CINTA ITU BUTA?SAPER YG CAKAP?

cinta itu buta....saper la yang memandai mandai cakap benda macam tuh.gua bukan orang psikologi mahupun seorang ahli goegrapic tapi gua amat menyangkal statement mengarut macam nih.zaman sekarang kan zaman moden.zaman teknologi.gua tengok orang bercinta sekarang mana ada pakai burung merpati lagi sebagai posmen (apo la salah burung sampai jadik posmen).sekarang semua celik it.sebut aper jek (myspace,frendster,facebook,twitter dll.
sebenarnya cinta tu tak buta.cuma manusia jadik buta bila bercinta.takkan korang nak kata cinta kat tuhan tuh cinta buta.betul tak????cinta ini berkait rapat dengan hati dan perasaan.contohnhya jika korang jumpa teman korang berpasangan yang tidak adil(bak kata orang tuhan memang tak adil) tak semestinya cinta itu buta.mungkin diorang pasangan yang secocok atau sefahaman.aper guna muka hensem makwe solid tapi perangai mcam yahudi.
sebenarnya benda nih dah tertulis zaman nabi lagi bahawa setiap pasangan yang ditemukan adalah ketentuan tuhan.cuma manusia perlu peka terutama terhadap pasangan masing masing dimana perlu ada persefahaman dan sikap hormat menghormati.kalo korang berpegang kepada prinsip macam nih susah nak ada cerai berai kat dunia nih.
macam gua cakap la CINTA ITU BUTA mengarut.sapa yang cipta kompom gua tembak dengan ak47...