Wednesday, 9 November 2011

BILA DAH BUNTU

PELAJAR, BILA DAH BUNTU.
apa yang cikgu ajar, hah sori takde satu pun yang masuk.
tapi takpe kan masih ada lagi hari untuk besok.
nak kata faham, kepala tergaru garu, kepala tergosok gosok.
jauh sekali nak tumpu perhatian, nak asyik masyuk.
agaknya hati tuh yang kotor, hati tu yang busuk.

CIKGU, BILA DAH BUNTU
tah apa yang diajar,murid murid pun tak paham.
padahal dah berbuih mulut nak terkeluar geraham.
time tuh rasa murid nak aje dibaham.
ada pulak kang yang jadik Allahyarham.
bukan apa, takut jatuh la dia punya saham.

PEMAIN BOLA, BILA DAH BUNTU.
try dah banyak kali, dah macam macam cara tapi tak juga gol gol.
badan dah penat, kena terjah kena senggol.
rasa macam depan gol tu ada pulak bonggol.
semua tempat sengal, lenguh, tak kira pinggang mahupun pinggul.
asyik terjatuh, terlentang, cam tersepak tunggul.
agaknya pasukan lawan tersangatlah unggul.

ORANG SESAT, BILA DAH BUNTU.
cari jalan sikit punya lama, tapi tak jugak jumpa jumpa.
rasanya memangla ingat, takde la lupa.
mulalah rasa bengang, mula la rasa hampa.
kan elok kalo berenti mana mana, tegur la sapa sapa.
hai entah hapa hapa.

PENYANYI, BILA DAH BUNTU.
Album dipasaran dah berbulan, tak jugak laku laku.
orang kata konsep tak best, dia tak nak ngaku.
suara tak berapa best, persembahan ada sikit kaku.
habis cemana nak dapat royalti, nak isi wang kat saku.
orang lain menyanyi sampai penonton ada yang terpaku.

PENGANGGUR, BILA DAH BUNTU.
bertahun cari kerja, tak jugak dapat dapat.
merata ceruk dah pergi, dah pun usha macam macam tempat.
orang menengok bukan nak menolong, lagikan mengumpat.
macamla orang yang tak bekerja, tu tak cukup sifat.
 so, sandang ajelah jawatan penganggur terhormat.

PENULIS, BILA DAH BUNTU.
Puas fikir idea, tak jugak datang datang.
start pagi, masuk tengahari sampaila ke petang.
macam macam cara dah dibuat,duduk,baring, meniarap,terlentang.
dah jadik penulis perkara macam tuh mestila ditentang.
kepala mestila pick-up bak lampu kalimantang.
tak buat tulis sebab takder idea.
cis! itu memang pantang!

yang terang benderang
penulis....

6 comments:

Eein Azryn said...

ni pantun ke? best2. hehe.

Raidenovich said...

cam pantun le,hee!blogger kira penulis jugak la ye?

misTeaRed said...

wahhh...kreatif taw...

ZURAINI said...

nice one! :D

Yatt S. said...

saya tengah buntu. saya memerlukan cekelat Dove.

kisahkita said...

yatt: awak x abes abes dengan cokelat...selipar saya mana?