Thursday 20 September 2012

Salam
Accident


gua tengah melepak lepak layan youtube tetiba gua terpandang satu kemalangan di F1 di Imola pada tahun 1994.bila gua tgk gua ingat lagi kejadian nih masa tuh gua tak skolah lagi tapi gua tau pasal benda nih pasal gua minat kereta dari kecik.

nilah salah satu video kematian Aryton Senna pada tahun 1994 yang merupakan satu legendary driver untuk pelumba F1 sampai la sekarang.dah 15 tahun dia pergi.
tapi gua ada terbaca satu statement aryton senna sebelum dia mati:


Motor racing is exiting, Motor racing is dangerous.
Motor racing is a sport that pushes people to the limit.
And when you are equipped with that machinery on the limit every now and then things will go wrong.
And when things do go wrong you have to accept it.
It must be seen as that.
To be part of the game.......
-Ayrton Senna

pasal disebabkan kecuaian machinery memakan diri dia kembali..
harap2 pelumba luar sana utamakan lah keselamatan lagi2 yang lumba haram.

sekian
penulis yang tak reti lumba..


Wednesday 19 September 2012

Pengaruh...

salam

masuk ofis perkara pertama yang didahulukan aderlah :

1) bukak Facebook
2)Check notification
3)balas balas komen
4)bukak email
5) balas balas email
pastuh g sarapan pagi

kalo dah hari hari macam nih bila kerja nak siapnyer??????alahai Mark Zuckerberg...nih semua ko punya pasal la nih...jahanam rakyat malaysia sekarang...
salam..

kadang kadang gua tengok orang kerja bank lagi pemalas dari orang kerja kerajaan..


Thursday 16 August 2012

ikan bakar..

Bawak kereta macam nak gila...
kejap kejap temperature turun naik...
tempuh road block kejap kejap kena pakai tali pinggang..
relay kipas kereta buat perangai..
last last bila sampai kedai tutup...
KO MEMANG POWER...

p/s : nasib baik ader kedai lain..walau xsedap aku gagah jek bedal..protes tol aku...

Wednesday 15 August 2012

salam ramadhan...

uiii lama gila aku xmenulis..bukan xnak kekadang xda masa nak tulis.kat sini aku nak ucapkan salam ramadhan walau aku tahu tinggal beberapa hari lagi ramadhan nak berlalu pergi...
anyway gua nak mintak maaf kengkawan yang gua xdpt joint ponteng terawikh cam dulu dah..dah sampai time gua nak insaf..tahun depan nak kahwin....
so kepada semua umat islam..selamat menyambut syawal yang bakal tiba...

nota kaki : Selamat Berhari Raya dan Berhati Hati di Jalan Raya.

Thursday 7 June 2012

SNOW WHITE

SALAM.....



suatu ketika dulu gambar kat atas tu lah gambar kereta aku.aku pun tak taula kenapa.aku cukup sayang kat menatang sekor nih.tapi masuk tahun baru nih aku dah tukar rupa dia.supaya org dah xkenal lagi.tapi bila aku sampai track litar semua cam balik muka aku.rasanya dah hampir 2 tahun aku tinggalkan dunia lumba nih.
bukan tuh yang aku nak citer sebenarnya.baru baru nih aku tgk mak aku macam menung jauh.rupa rupanya dia kata dia nak jual snow white (gen 2 diatas).so gua xla cakap pape.sebab kereta tuh bukan keta gua.keta dia.jadik dia la berhak nak menentukan.so gua sokong ajer la aper tindakan dia walaupun dalam hati gua terasa sayang bebenor.
so penjualan kereta gua akan dilaunching kan pada selepas raya.so sesapa yang berkenan sila la pm gua lepas raya nanti.

nota kaki:- sebenarnya gua dah ada gen 2 sebijik lagi secara rahsia....bakal isteri gua dah tau...tapi itula kaum hawa nih "(awk tidur jerla dengan kereta awk tuh...)"alahai...........

Monday 4 June 2012

OWH MALAYSIAKU

MALAYSIA VS FILIPINA


SALAM...


Sekali gua tgk nih norsharul idlan talaha nih dah macam van persie plak gayanya.kelmarin jam 8.00 malam gua dah bersengkang mata menghadap televisyen beserta beberapa cekodok dengan teo o panas.bajet tgk bola macam tgk kat kedai mamak siap dengan makanan.memandangkan malaysia yang main gua putuskan untuk berehat dan menonton dirumah.takderla gua pening kepala nak beratur gi tandas andai nak tercirit.

bila gua tgk line up yang diturunkan gua rasa malaysia boleh kenduri gol or maybe rajagopal bolehla buat kenduri bbq kambing memandang rajagopal tak makan lembu.sebenarnya bila gua tgk game ni nak compare antara belanda lawan finland macam langit dengan bumi.maybe bola sepak asia masih belum mempunyai pemikiran yang matang.takkan nak tunggu umur 36 tahun mcm andrea pirlo baru nak matang????

keseluruhan perlawanan bak kata Rajagopal diamat berpuas ati tapi bila sesi interview pemain diorang caci maki diri sendiri kerana tiada penyudah yang sempurna.bagusla kalo paham.kalo korang kata berpuas ati memang korang terima padahla kena maki ngan peminat.

gua dah nampak ader perkembangan bola sepak malaysia cuma aspek pertahanan tuh kena lebih berwaspada.cuma satu benda jek gua nak komen "KENAPA KEPALA PEMAIN BOLA MALAYSIA SEMUA MACAM AYAM SABUNG RAMBUT DIA?SEKALI TGK DAH MACAM ALLIGATOR PUN ADER...KER PROSEDUR FAM RAMBUT PEMAIN KENA MACAM TUH BAGI MENAKUTKAN PEMAIN LAWAN?"
ALAHAI......