Friday, 18 November 2011

SALAM

BILA DAH SAMBIL LEWA

MURID MURID BILA DAH SAMBIL LEWA.
cikgu berucap didepan sikit pun tak jalan,
yang dia tahu bila waktu balik nak berjalan,
satu kerja yang diberi haram nak dibahan,
apetah lagi nak jadikan rujukan,
akhirnya bila keputusan
dinding jugak yang ditahan.

GURU GURU BILA DAH SAMBIL LEWA
bila mengajar langsung tak pandang depan,
yang dia tahu cukup bulan gaji jalan,
langsung tak pernah tanya ada paham ada soklan,
murid angkat tangan dia suruh letak depan,
yang dia tahu,lantak korang,
itu masa depan.

KETUA KAMPUNG BILA DAH SAMBIL LEWA
bila mesyuarat yang dijemput sekandang,
yang datang boleh dibilang bilang,
bila di tanya kenapa tak datang,
dia jawab diorang maybe semua tak senang,
langsung takde usaha macamana nak menang,
yang dia tahu kerusi dia takda sapa nak canang.

PEMAIN BOLA BILA DAH SAMBIL LEWA
dapat bola main entah hapa hapa
sekali tengok macam ultraman habis kuasa,
nak tanya tak terer semua dah level antarabangsa,
tapi bila main dah serupa angsa,
ker pemain memang dah tak reti bahasa?

MAJIKAN BILA DAH SAMBIL LEWA
kerja semua pekerja dah siapkan,
dari lapan pagi sampai pukul sembilan,
dari bawahan sampailah atasan
langsung takda bertunggak apertah lagi cukup bulan,
tapi bila gaji selalu manjang langgar dateline.

PEKERJA BILA DAH SAMBIL LEWA
dari pagi bawak ke petang,
yang dia tahu bersembang dan mencanang,
sesekali sempat juga cuba cari peluang,cuba jual barang,
fail dah bertimbun bila tanya tak senang,
agaknya ini dikatakan beliau seorang tenang.

PENULIS BILA DAH SAMBIL LEWA.
masuk opis dia tak tahu nak buat apa,
padahal dah tertulis kerja setiap hari kena buat apa,
yang dia tahu main twitter layan makwe,
bila ditanya tengah kerah idea,
kes macam nih ada can masuk wad gila.

yang tak sambil lewa...
penulis.....

3 comments:

Aishah Jahirah(cik aisha) said...

kategori sambil lewa manakah anda?haha xsambil lewa rasanye..;p

NZ Diaz said...

baik punya. sempoi je, tapi tajam :D

Himmymaru said...

hok aloh, paorh hok gini nak wat buono semuo da sambil lewa :)