Tuesday, 8 November 2011

BOLA SEPAK MALAYSIA

gua rasa dah sampai masa bola sepak malaysia kena rehat....dah makin jauh sangat perjalanan dia gua tengok.

yang dah naik berbulu sampai penuh bulu
penulis...

Saturday, 5 November 2011

ESOK HARI RAYA HAJI

hari gua dikejutkan seawal pagi untuk teman mak gua pergi pasar.bapak gua hilangkan diri dengan alasan esok nak korban and nak buat persiapan di masjid.dengan gaya seorang pemburu upahan gua melangkah longlai teman mak gua pepagi buta pergi pasar.bila gua sampai gua tengok pasar besar dah dipenuhi manusia.gua terpaksa parking beberapa batu jauh dan gua terpaksa mengorbankan kadar metabolisma yang selama ini gua jaga baik (gemuk gak gua nih).lepas dah selesai bershopping gua terus termenung.lantas mak gua terus tanya kenapa gua termenung...
gua jawab "LEPAS NIH NAK MASUK BERTANDING JADIK PM TUKAR OPERASI PASAR PADA WAKTU MALAM SAHAJA."....terus mak gua sepak gua 3 kali sebab bagi jawapan paling bodoh...

Friday, 4 November 2011

ANTARA X6 DAN KAHWIN...

baru baru ini gua jumpa ramai kawan kawan gua..gua bercerita sebuah kenderaan BMW X6 kat diorang.lepas tuh gua selitkan gua dalam dilema macam nak kahwin tahun hadapan.tapi rata rata kawan gua semua suruh gua amek X6 kununnya lebih esekutip untuk orang meniaga macam gua.lalu gua jumpa kekasih hati gua bertanya dekat dia....."SAYA TAKKAN MENGHALANG NIAT AWAK DAN APER YANG AWK KEHENDAKI"...bunyi memang best tapi suara ada sedikit sardin kat situ...
lastly gua cakap kat kekasih gua "AWAK KAN KEPERLUAN HIDUP ORANG"...terus senyum sambil order tomyam...

p/s: gua tetap akan sambar X6 lepas kahwin..kompom...

Thursday, 3 November 2011

amuk di bank simpanan nasional

gua pepagi dah terpacak dekat depan bank simpanan  nasional nak masuk duit.memandangkan hari raya haji bakal tiba so bebudak opis gua adalah menerima beberapa saguhati sempena hari raya.maklumla beberapa projek dah selesai.so syarikat setuju la nak beri sedikit imbuhan pada diorang.bila gua sampai gua terus la jumpa sorang umat di kaunter pertanyaan lalu gua minta borang masuk duit.dia boleh pulak suruh gua masuk pakai atm machine.mana la gua ada masa nak ingat sekor sekor punya akaun.gua guna sistem online terus menerus dengan bank.gua cuba kontrol angin gua dengan kata nak masuk duit untuk company...dier boleh pulak tanya banyak mana awak nak masuk duit.gua pun dah separuh angin gua  bgtau la banyak nak masuk.lepas tuh dia masih tanya lagi banyak mana nak masuk sambil bagi borang masuk duit.
so dengan anginnya gua cakap "SAYA NAK BANK IN 25 SEN JEK.BOLEH KER PAKAI ATM?terus berubah muka dia jadik baboon.
propolus kredit card

kredit card merupakan satu propolus barat yang cuba diterjemahkan kepada seluruh dunia bagi mengaburi mata duitan kepada sistem gores dan sain.lantaran itu sistem ini telah melumpuhkan serta menstroke beberapa manusia didunia yang gatal kepada gores dan sain.agenda barat ini juga telah mengakibatkan sukan hoki dimalaysia makin merudum.oleh itu majulah sukan untuk negara

Tuesday, 1 November 2011

kenapa bila sebut raya mesti nak belanja gila gila?

gua naik heran la tgk manusia nih.bila tiba hari raya jek mesti nak shopping sakan.tak kira la perayaan aper.gua pun tak tau aper yang diorang cari.gua jenis suka mengikut ragam manusia.ada yang sampai gua tgk sanggup berhutang untuk berhari raya padahal hari raya tuh hanya sehari dua sahaja.kenapa manusia suka menghabiskan sisa titik peluh yang dicari ker jalan yang tak betul.kan bersederhana lebih baik.nih gua tgk bukan raya korang pun korang main sebat jek. bawak bawak la berenti shop tuh.kang sok tengah bulan makan meggi jgn nak salahkan orang lain

yang benar
seorang kedekut
CINTA ITU BUTA?SAPER YG CAKAP?

cinta itu buta....saper la yang memandai mandai cakap benda macam tuh.gua bukan orang psikologi mahupun seorang ahli goegrapic tapi gua amat menyangkal statement mengarut macam nih.zaman sekarang kan zaman moden.zaman teknologi.gua tengok orang bercinta sekarang mana ada pakai burung merpati lagi sebagai posmen (apo la salah burung sampai jadik posmen).sekarang semua celik it.sebut aper jek (myspace,frendster,facebook,twitter dll.
sebenarnya cinta tu tak buta.cuma manusia jadik buta bila bercinta.takkan korang nak kata cinta kat tuhan tuh cinta buta.betul tak????cinta ini berkait rapat dengan hati dan perasaan.contohnhya jika korang jumpa teman korang berpasangan yang tidak adil(bak kata orang tuhan memang tak adil) tak semestinya cinta itu buta.mungkin diorang pasangan yang secocok atau sefahaman.aper guna muka hensem makwe solid tapi perangai mcam yahudi.
sebenarnya benda nih dah tertulis zaman nabi lagi bahawa setiap pasangan yang ditemukan adalah ketentuan tuhan.cuma manusia perlu peka terutama terhadap pasangan masing masing dimana perlu ada persefahaman dan sikap hormat menghormati.kalo korang berpegang kepada prinsip macam nih susah nak ada cerai berai kat dunia nih.
macam gua cakap la CINTA ITU BUTA mengarut.sapa yang cipta kompom gua tembak dengan ak47...